(AL-MASIH AD-DAJJAL)
Dajjal pada asalnya bererti “التَّغْطِيَة”, yang bermakna menutupi. Orang yang berdusta disebut dajjal kerana ia menutupi kebenaran dengan kebatilan. Menurut Dr. Isa Daud (Kemunculan Dajjal Di Segi Tiga Bermuda, 2000), Dajjal adalah seorang manusia dari keturunan yayudi yang telah dipertangguhkan ajalnya, 'Minal Munzharin' seperti halnya Nabi Isa as yang telah diangkat oleh Allah Swt ke langit dan dipertangguhkan akan kematiannya sehingga beliau nantinya akan turun semula ke atas muka bumi ini untuk menjalankan tanggungjawabnya. Sama juga halnya dengan Nabi Khidir as dan iblis yang telah dipertangguhkan kematiannya sehingga ke hari kiamat nanti.
ASAL-USUL AL-MASIH AD-DAJJAL
Keluarga Samiri berasal dari sebuah negeri yang bernama Samirah yang terletak di Palestin. Nama negeri ini berasal dari nama salah seorang anak kepada Nabi Nuh as iaitu Sam Bin Nuh. Penduduk di negeri ini berasal dari keturunan susur galur Sam Bin Nuh selepas peristiwa banjir besar yang melanda dunia sewaktu zaman Nabi Nuh as. Penduduk di negeri ini telah mengamalkan cara kehidupan yang melazimi perbuatan maksiat seperti liwat dan seks bebas. Mereka juga turut mengagungkan patung anak lembu sebagai dewa dan tuhan. Dari sejarah negeri ini, para ulama' berpendapat Samiri dilahirkan selepas peristiwa banjir besar yang melanda dunia dan ada juga yang beberapa pendapat yang mengatakan ia dilahirkan pada zaman Nabi Sulaiman as.
1. Parung Apis 2. Patung Hathor
Ibubapa Samiri merupakan golongan penyembah patung anak lembu yang pada ketika itu adalah agama berhala bagi bangsa yahudi sejak sebelum dari kelahiran Nabi Musa as lagi. Ayah dan ibunya berketurunan Ashkenazi, iaitu suku dari salah satu cabang dari bangsa yahudi. Bangsa yahudi mempunyai benerapa cabang suku iaitu Suku Mizrahi, Suku Khazar, Suku Sephardi, Suku Ashkenazi, Suku Samaritan dan lain-lain lagi. Manakala bangsa yahudi itu pula berasal daripada suku bangsa sebelah Siti Sarah iaitu isteri kepada Nabi Ibrahim as. Semua anak dari keturunan Siti Sarah adalah digelar bani isra'il. Bani isra'il ialah gelaran kepada keturunan Nabi Yaakob as yang mana semua keturunannya bermula dari Nabi Daud as, Nabi Sulaiman as sehinggalah ke keturunan Nabi Musa as dan Nabi Isa as.
Ayah kepada Samiri adalah seorang yang tinggi, gemuk dan hidungnya pula seperti paruh burung, manakala ibunya pula adalah seorang perempuan yang gemuk dan banyak dagingnya. Menurut Imam Al-Barzanji, ada pendapat mengatakan bahawa asal-usul keturunan bapanya ialah dari seorang dukun yahudi yang dikenali dengan nama 'Syaqq', manakala ibunya pula adalah dari kalangan bangsa jin. Kelahiran Samiri bermula dari bagaimana benih ibu dan bapanya bercantum. Ibubapa Samiri adalah hasil dari baka anak luar nikah yang lahir dari kesedudukan haram sesama mahram. Kedua-dua ibubapa Samiri adalah adik-beradik kandung seibu sebapa. Pada malam kelahiran Samiri, ibubapanya telah menyerahkan kehidupan mereka kepada syaitan dengan membawa seekor lembu betina yang telah disembelih untuk mendapatkan restu dari patung anak lembu yang sebenarnya adalah jelmaan iblis yang mahu menyesatkan anak cucu Adam. Ibubapa Samiri telah melakukan upacara penyembahan dan berdoa kepada patung anak lembu tersebut supaya dikurniakan seorang anak lelaki. Lalu patung anak lembu tersebut memberikan beberapa syarat-syarat aneh yang perlu di penuhi jika mereka menginginkan seorang anak lelaki.
Mereka dikehendaki menyediakan korban berupa seekor lembu betina dan diletakkan dihadapan patung anak lembu tersebut serta di suruh melakukan hubungan badan sewaktu si isteri sedang haid. Oleh kerana terlalu menginginkan seorang anak lelaki, mereka hanya menuruti sahaja apa yang telah diarahkan oleh patung anak lembu tersebut yang sebenarnya adalah jelmaan iblis laknatullah. Maka iblis pun turut serta bersama si suami setiap kali dia menggauli isterinya. Maka bertemulah sperma dan ovum dari unsur manusia dengan unsur syahwat yang penuh dengan kedengkian dari jin. Setelah 30 tahun menanti, maka lahirlah seorang anak lelaki yang diberi nama Musa Samiri, seperti mana yang telah disabdakan oleh Rasulullah Saw:
"Ayah dan ibu dajjal itu telah melewati kehidupan mereka selama 30 tahun tanpa melahirkan seorang anak pun. Kemudian lahirlah dari mereka seorang anak lelaki yang buta sebelah matanya. Ia menjadi orang yang paling merbahaya dan palingvsedikit manfaatnya(bagi kedua-dua orang tuanya dan bagibumat manusia). Kedua-dua matanya sentiasa tertutup tetapi hatinya tetap terjaga."
Dari hasil kelahiran dengan jalan yang kotor kerana melakukan hubungan badan sesama mahram pada ketika ibu kepada Samiri sedang haid, menjadikan Samiri sebagai manusia yang cacat dengan matanya buta sebelah. Malah sejak dari kelahirannya, Samiri tidak mahu menyusu dan senantiasa tidur sepanjang hari hingga mengakibatkan payudara ibunya mengalami pembengkakkan dan menimbulkan rasa panas yang luar biasa. Berbagai-bagai cara, ikhtiar dan usaha telah dilakukan tetapi hampa dan sia-sia. Hal ini telah menjadi buah mulut penduduk negeri Samirah dan membuatkan ibubapa Samiri menjadi semakin tertekan dengan keadaan tersebut. Manakala iblis pula meneruskan perancangannya dengan menculik Samiri dan meletakkannya di bawah patung anak lembu tersebut. Ia adalah propaganda iblis untuk menjadikan penduduk negeri Samirah begitu terpegun dengan Samiri apabila melihat ia berada di bawah patung anak lembu penyembahan mereka itu. Sehinggakan mereka telah mencatatkannya di dalam sebuah manuskrip lama :
"Anak itu memang benar-benar dari keturunan Samirah, tanda isyarat bagi negeri Sam (bukan Syam), kerana Nabi Sam Bin Nuh as adalah pendiri gerakan negeri Samirah setelah terjadinya peristiwa banjir besar suatu ketika dahulu. Ketika Nabi Sam Bin Nuh as masih kecil, ia tidak banyak bergerak, sehingga ia telah didatangi oleh malaikat yang telah mengajarnya bagaimana cara untuk menggerakkan kedua-dua kakinya. Anak itu adalah cucu dari Sam."
Begitulah halus dan licik sekali perancangan syaitan untuk menyesatkan anak cucu Nabi Adam as. Nauzubillah..
Sumber rujukan dari telegram.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan