Jumaat, 4 September 2020

RAHSIA TERSIRAT DI SEBALIK WANG KERTAS USD1$

Bagi mereka yang tidak mengetahui mengenai rahsia tersirat yang terkandung pada wang kertas USD$1 ini, semoga apa yang akan dikupaskan di sini dapat memberikan info-info yang berguna buat anda semua mengenai agenda sulit ILLUMINATI. Kepada mereka yang telah pun menyedari akan hal tersebut, anda adalah sebahagian daripada umat Islam yang sedar dengan petanda akhir zaman.



Rahsia Tersirat Disebalik Wang Kertas USD1$

Perhatikan bentuk piramid yang tidak sempurna pada bahagian hujung atasnya dan mempunyai mata satu (One Eyed) yang terapung di dalam satu bentuk segitiga di puncaknya. Segitiga yang mempunyai mata satu itu pula memancarkan cahaya seperti matahari. Mata satu itu dinamakan sebagai The All Seeing Eye. Piramid yang tidak sempurna itu pula mempunyai 13 tingkat sebelum dipisahkan dengan segitiga The All Seeing Eye yang terapung di atasnya. Paras 13 tingkat itu juga mempunyai maksudnya yang tersendiri. Kemudian terdapat tulisan motto yang di tulis di dalam bahasa Latin iaitu Novus Ordo Seclorum yang bermaksud New Secular Order Of The Ages atau New World Order. Dan motto yang berada di atas piramid itu pula ditulis dengan Annuit Coeptis yang bermaksud Approving The Undertaking yang bermaksud Merestui Peralihan, atau jika diterjemahkan kepada maksud kontemporari, ianya bermaksud He Approves atau Dia Merestui. (Adakah ianya bermaksud Pemerintahan Dunia Baru atau Pemerintah itu sudah muncul? Adakah ianya mengenai peralihan kuasa dunia? Siapakah yang dimaksudkan dengan He itu? Adakah ianya bermaksud Tuhan atau mengenai Mata Satu Yang Bercahaya itu? Jika ianya dikaitkan dengan maksud Tuhan Yang Merestui, mengapa tidak diletakkan simbol keagamaan negara itu, seperti Salib Kristian atau yang seangkatan dengannya? Tetapi mengapa diletakkan dengan motto Dia Merestui sedangkan di bawahnya diletakkan gambar Segitiga Bermata Satu? Apakah maksud tersirat kepada kesemua yang terpampang pada wang kertas USD$1 itu.

Sebenarnya, gambar Piramid yang terdapat pada wang kertas USD$1 di atas adalah sebagai suatu simbolik kepada pertubuhan rahsia yang sedang menguasai dunia pada hari ini, iaitu The ILLUMINATI. Manakala New World Order pula adalah suatu perancangan rahsia mereka di dalam menyatukan dunia di bawah satu pemerintahan melalui strategi-strategi rahsia. He Approves pula bermaksud syaitan yang sentiasa bersama-sama dengan mereka di dalam menjayakan perancangan rahsia agenda sulit mereka. Kerana syaitan adalah makhluk yang telah mereka sembah sejak zaman berzaman, kerana mereka percaya bahawa syaitan itu dapat memberikan mereka segala kuasa di dalam dunia politik, dan mereka juga percaya bahawa syaitan itu akan muncul apabila segala perancangannya telah terlaksana dengan sempurna. Ianya adalah suatu konspirasi sulit syaitan bersama-sama dengan para kuncu dan proksi-proksinya sejak zaman berzaman untuk meruntuhkan akidah dan ketaatan umat Islam kepada Allah Swt dengan menjadikan dirinya sebagai sesuatu yang disembah oleh umat manusia selain dari Allah Swt. Mereka percaya bahawa syaitan dapat memberikan segala kekuasaan politik kepada para golongan elit di dunia seperti ketua-ketua kerajaan (Presidents And Prime Ministers) di Benua Eropah, Amerika dan tidak mustahil jika ianya turut melibatkan negara-negara Islam terutamanya di rantau Timur Tengah dan Asia Barat. Ianya adalah suatu konspirasi bersepadu di antara syaitan dan Para Golongan Elit tersebut di dalam menuju kekuasaan dunia, dan kini Mereka Sedang Berkuasa! 

Sumber rujukan dari telegram.com 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan