Isnin, 31 Ogos 2020

SEJARAH RUKUN NEGARA

Tahun ini genap 50 tahun Rukun Negara. Rukun Negara kali pertama dilafazkan pada sambutan Hari Kebangsaan pada tahun 1970, dan merupakan asas kepada prinsip kenegaraan Malaysia. 🇲🇾 #RukunNegara50Tahun 
Rukun Negara diilhamkan pengerusi Majlis Gerakan Negara (MAGERAN), Tun Abdul Razak berdasarkan Pancasila di Indonesia. 

MAGERAN diasaskan selepas berlakunya darurat pada peristiwa 13 Mei 1969. Selepas pengisytiharan darurat, Parlimen digantung dan pentadbiran sementara dibentuk. 

Peristiwa 13 Mei 1969 merupakan rusuhan antara kaum yang terburuk dalam sejarah negara. Selepas darurat diumumkan, MAGERAN dibentuk untuk mengembalikan kestabilan dalam negara. 



Melafaz ikrar dengan membaca Rukun Negara merupakan satu ritual yang sering diadakan di sekolah-sekolah, terutamanya dalam perhimpunan. Melafazkan ikrar Rukun Negara ialah dengan cara berdiri tegak dan mengangkat tangan kanan. 

Sumber rujukan oleh twitter.com 


Ahad, 30 Ogos 2020

Wajah Tanah Melayu pada tahun 1786, sebelum British datang.

Pernah fikir tak kalau British langsung tak pernah jejak kaki ke Tanah Melayu, apakah wajah negara (atau negara-negara) pada hari ini? 


Yang pasti Pulau Pinang tak akan exist sebagai negeri yang independent daripada Kedah. Sebab Francis Light yang pujuk Sultan pajakkan Pulau Pinang dan Seberang Perai dengan jaminan bantuan ketenteraan lawan Siam.

Tapi last-last tak bantu pun, siap tolong Siam lagi, dan Kedah pun ditawan Siam dari tahun 1821-1842. Siam pecahkan Kedah kepada Setul, Perlis, Kubang Pasu dan Kedah. 

Kedah dan Kubang Pasu kemudian bersatu kembali, tapi Setul kekal dalam Siam sebagai wilayah Satun hari ini. 

Then British bahagikan negeri-negeri utara dengan Siam pada tahun 1909 : British ambik Perlis, Kedah, Kelantan & Terengganu; Siam ambik Setul & Patani. 

So katakan British tak mai, mungkin negeri2 utara ini akan kekal di bawah Siam (tukar nama jadi Thailand pada tahun 1939). 

Kalau British tak buat onar pergi naikkan Tengku Hussein jadi sultan Johor untuk dapatkan Singapura, Johor-Riau-Lingga masih stay intact, tak berpecah kepada Kesultanan Johor bawah Sultan Hussein dan Kesultanan Riau-Lingga di bawah Sultan Abdul Rahman. 

Kalau British tak buat onar pergi naikkan Tengku Hussein jadi sultan Johor untuk dapatkan Singapura, Johor-Riau-Lingga masih stay intact, tak berpecah kepada Kesultanan Johor bawah Sultan Hussein dan Kesultanan Riau-Lingga di bawah Sultan Abdul Rahman. 

So Singapura, Kepulauan Riau (Batam, Bintan dan Karimun) dan Natuna akan jadi sebahagian dari entiti bernama Johor. Pahang mungkin tak keluar jadi independent kingdom pada tahun 1853. 



Melaka boleh jadi merge dengan Johor balik (Kesultanan Johor successor state kepada Kesultanan Melaka, so sentiasa nak rampas balik Melaka dari Portugis/Belanda), atau silap-silap orang Melaka tuntut kemerdekaan mendirikan negara baharu. 

Adakah negeri2 Melayu ini (yang merupakan independent kingdoms) akan bergabung jadi sebuah negara seperti tahun 1957? 

Ia bergantung pada samada wujud orang seperti Von Bismarck (yang menyatukan negeri2 Jerman jadi Jerman pada 1871) atau Di Cavour (menyatukan Itali pada 1861). 

Beratus-ratus tahun diorang impikan sebuah Jerman dan Itali yang bersatu, tapi hanya dapat dicapai dengan ada right men in the right place at the right time. 


Kalau jadi, adakah negara Melayu yang bersatu ini hanya terdiri daripada Tanah Melayu? Atau merangkumi Sumatra? Adakah Aceh dan Minangkabau mahu disatukan ke dalam Greater Malaya ini atau opt out? 


Silap-silap tanpa British, Belanda akan menjajah kedua-dua Tanah Melayu dan Sumatra? Atau mungkin tanpa kekacauan British, negeri-negeri Tanah Melayu akan dapat resist Belanda, atau silap-silap membantu negeri-negeri Sumatra tangkis pengaruh Belanda? 


Yang pasti tak akan wujud negara bernama Malaysia sebab persamaan antara Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak ialah penjajahan British. 

But history does not have "if". Apa yang berlaku: British dapat Penang pada 1791, Singapura pada 1819, Melaka pada 1824, gabung jadi Negeri2 Selat (Straits Settlements). Kemudian gabungkan Perak, Selangor, N9 & Pahang jadi Negeri2 Melayu Bersekutu (Federated Malay States). 


Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor dijadikan naungan (protectorates) yang berasingan bernama Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu (Unfederated Malay States).

In a strict sense, negeri2 Melayu di Tanah Melayu bukan jajahan (colony) tapi naungan (protectorate). 

Kemudian pada 1946, British nak hapuskan sistem naungan dan jadikan negeri-negeri Melayu sebagai jajahan bernama Malayan Union. 

Maka orang Melayu bangkit melawan. Sebuah Persekutuan Tanah Melayu didirikan, menggantikan Malayan Union, dan kemerdekaan dicapai pada tahun 1957. 

In a way, kedatangan British memudahkan proses pembentukan negara-bangsa yang mungkin tak dapat capai dalam masa 200 tahun. Penjajahan menjadi pemangkin kepada nasionalisme orang Tanah Melayu dan membentuk sebuah Malay polity yang bersatu.

Artwork oleh : Muhammad Lazuardi. 
Sumber rujukan dari twitter.com




Khamis, 27 Ogos 2020

TENTANG TUN HUSSEIN ONN YANG RAMAI ORANG TAK KETAHUI

Tun Hussein Bin Dato Onn adalah merupakah Perdana Menteri Malaysia yang ke tiga dan beliau telah meletakkan perpaduan kaum sebagai elemen utama dalam pentadbiran beliau.

Walaupun dalam masa beliau sedang memegang pucuk pimpinan negara didatangi anasir subversif dan kegiatan penganas komunis yang semakin reda, namun beliau tetap memberi tekanan yang khusus terhadap soal perpaduan kaum kerana sebarang hal berkait isu kestabilan negara tidak boleh dikompromi.

Tun Hussein Onn berpandangan bahawa jika soal sosio-politik negara tidak stabil, maka kesannya terhadap ekonomi negara juga akan tergugat dan seterusnya akan memberi kesan negatif terhadap kehidupan rakyat.
Atas rasional inilah yang menyebabkan Perdana Menteri Tun Hussein Onn telah menyusun langkah-langkah dalam penyatuan untuk merapatkan jurang polarisasi hubungan antara kaum.
Antara jentera yang digunakan untuk menyatupadukan rakyat pelbagai kaum dalam negara ini adalah dengan penggunaan Bahasa Kebangsaan dan mencambahkan kepelbagaian ciri identiti nasional agar ia dapat dikongsi bersama secara lebih meluas oleh rakyat Malaysia.

#Tentang Tun Hussein Onn Yang Ramai Tidak Tahu

Tun Hussein Onn dilahirkan pada tarikh 12 Februari 1922 di Johor Bahru dan beliau adalah merupakan cahaya mata kepada Dato Onn Jaafar dan Datin Halimah Hussein.
Beliau telah menerima pendidikan awal di Sekolah Teluk Kurau, Singapura dan kemudian ke English College yang kini dikenali sebagai Maktab Sultan Abu Bakar di Johor Bahru.
Malangnya pendidikan beliau tidak dapat diteruskan selepas menamatkan Senior Cambridge berikutan berlakunya Perang Dunia Kedua. Tun Hussein Onn terus menyertai pasukan tentera Johor, Johor Military Forces dan menjalani latihan di Maktab Tentera Sandhurst di Dehra Dun, India yang dikendalikan oleh kerajaan British.

Beliau telah menerima pendidikan awal di Sekolah Teluk Kurau, Singapura dan kemudian ke English College yang kini dikenali sebagai Maktab Sultan Abu Bakar di Johor Bahru.
Malangnya pendidikan beliau tidak dapat diteruskan selepas menamatkan Senior Cambridge berikutan berlakunya Perang Dunia Kedua. Tun Hussein Onn terus menyertai pasukan tentera Johor, Johor Military Forces dan menjalani latihan di Maktab Tentera Sandhurst di Dehra Dun, India yang dikendalikan oleh kerajaan British.
#Tentang Tun Hussein Onn Yang Ramai Tidak Tahu

Setelah lulus dengan cemerlang dan ditauliahkan sebagai tentera terlatih, Tun Hussein Onn telah dihantar bertugas ke Timur Tengah untuk menyertai tentera British semasa Perang Dunia Kedua.
Selepas perang tamat, Tun Hussein Onn telah dilantik oleh kerajaan British sebagai tenaga pengajar di Pusat Perekrutan dan Latihan Polis Malaya di Rawalpindi.
Segala pengalaman dalam ketenteraan dan polis telah membina perwatakan Tun Hussein Onn yang amat tebal dengan displin diri serta pentadbiran yang dipimpinnya.
Beliau pernah menyertai Perkhidmatan Awam sebagai Penolong Pentadbir di Segamat, Johor dan kemudian dipindahkan sebagai Pegawai Daerah Kelang dan Kuala Selangor.
Bakat politik Tun Hussein jelas diwarisi daripada bapanya iaitu Dato Onn Jaafar yang merupakan bekas Menteri Besar dan Yang Dipertua UMNO yang pertama.
Malah sejak kecil lagi, Dato Onn mendidik anaknya secara tegas dan berdisplin. Bidang politiknya bersinar apabila dilantik sebagai ketua pemuda UMNO yang pertama pada tahun 1949 sewaktu berusia 27 tahun.
Seterusnya dalam tahun 1950, beliau dipilih sebagai Setiausaha Agung UMNO. Kerjaya politiknya terhenti buat seketika apabila beliau melanjutkan pelajaran dalam jurusan Undang-undang di London dan sekembalinya ke tanah air, Tun Hussein Onn telah memenangi pilihanraya pertama pada tahun 1969.
Penyertaan beliau dalam kabinet Malaysia bermula pada september 1970 apabila dilantik sebagai Menteri Pelajaran oleh Perdana Menteri Tun Abdul Razak Dato Hussein.
Seterusnya, Tun Hussein telah dipilih menyandang jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1973. Berikutan kembalinya Tun Abdul Razak Dato Hussein ke Rahmatullah pada 14 Januari 1976, satu mesyuarat tergempar Majlis Tertinggi UMNO telah diadakan pada hari tersebut dan Tun Hussein Onn telah disahkan sebagai pemangku Presiden UMNO.
Pada hari Khamis bertarikh 15 Januari 1976, Tun Hussein Bin Dato Onn telah mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ketiga di Istana Negara, Kuala Lumpur.

#Tentang Tun Hussein Onn Yang Ramai Tidak Tahu

Ketegasan dan sifat kepimpinan semulajadi yang dimiliki oleh beliau telah membuka ruang kepada Tun Hussein untuk menerajui pucuk pimpinan negara dengan menerapkan nilai murni yang diperlukan untuk membina sebuah negara yang teguh dan tidak terdedah kepada sebarang anasir yang boleh menggugat kedudukannya.
Pada pandangan beliau, setiap individu yang mengiktiraf diri mereka sebagai warganegara Malaysia perlu memelihara kesejahteraan dan kedamaian bagi memastikan keharmonian hidup bernegara dapat dipertahankan.
Justeru antara pendekatan penting yang dilaksanakan oleh Tun Hussein ialah mewujudkan konsep Rukun Tetangga yang menuntut rasa tanggungjawab dan prihatin komuniti terhadap kawasan kejiranan.
Sebagai agenda serampang dua mata, aktiviti Rukun Tetangga telah menyemarakkan hubungan mesra antara penduduk di kawasan yang terlibat di samping mengawal keselamatan kawasan kejiranan.
Atas usaha dan kesungguhan beliau menjayakan agenda perpaduan di kalangan masyarakat Malaysia, Tun Hussein Onn di beri gelaran Bapa Perpaduan Malaysia.
Daripada prospektif ekonomi pula Tun Hussein Onn telah berusaha merealisasikan hasrat dan matlamat Dasar Ekonomi Baru dan meneruskan agenda Tun Abdul Razak untuk merapatkan jurang ekonomi yang menjadi punca perbalahan kaum pada 13 Mei 1969.
Beliau telah memperkemaskan pelbagai agensi yang dapat membantu mempercepatkan pertumbuhan ekonomi dan menaik taraf hidup rakyat seperti Majuternak, Lembaga Padi dan Beras Negara, FAMA, Pertubuhan Peladang Kawasan.
Melalui agensi-agensi berkenaan, program pembangunan pertanian dapat diselaraskan dan pada masa yang sama memberi peluang yang lebih kepada rakyat, terutamanya penduduk luar bandar untuk meningkatkan pendapatan mereka.
Atas agenda yang sama juga, Tun Hussein Onn telah melancarkan Skim Amanah Saham Nasional pada tahun 1981 yang bertujuan untuk meningkatkan ekuiti bumiputera dalam ekonomi negara.

#Tentang Tun Hussein Onn Yang Ramai Tidak Tahu

Sehingga kini, Amanah Saham Nasional menjadi landasan terbaik rakyat untuk melabur serta turut sama menikmati hasil kemewahan negara melalui pulangan pelaburan yang menguntungkan.
Setelah berkhidmat selama hampir 5 tahun sebagai Perdana Menteri yang ke 3, Tun Hussein Onn meletakkan jawatan atas sebab-sebab kesihatan pada 17 Julai 1981.
Beliau meninggal dunia pada 29 Mei 1990 di San Francisco, Amerika Syarikat semasa menjalani rawatan di sana. Beliau telah disemadikan di Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur.


Rujukan:
Pena Tokoh Blogspot
Artikel ini dihantar oleh individu yang tidak bernama / tidak berdaftar