Sabtu, 25 April 2020

ARAB SAUDI DAN ZIONIS BERSAUDARA


Oleh:Abd Malik Hussin

 Hubungan Israel dan Arab Saudi kini kian rapat. Mulai sekarang rakyat Israel dibenarkan melawat Arab Saudi. 

 Pada 23 Januari 2020, Muhammad bin Abdul Karim Issa yang rapat dengan Raja Saudi melawat Auschwitz bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-75 peringatan Holocaust yang disambut secara besar-besaran oleh Israel pada tahun ini. 

 Pada 26 Januari 2020, Perdana Menteri Benjamin Netanyahu memulakan mesyuarat jemaah menteri Israel dengan mengucapkan terima kasih kepada Muhammad bin Abdul Karim Issa, Setiausaha Agung Rabitat al-Alam al-Islami (Liga Muslim Dunia) yang beribu pejabat di Mekah, Arab Saudi. 

 Netanyahu berkata, lawatan pemimpin Rabitat al-Alam al-Islami itu adalah petanda perubahan sikap badan-badan Islam dan negara-negara Arab terhadap Israel dan menunjuk betapa benarnya Yahudi dalam peristiwa Holocaust. 

 Pada 26 Januari 2020, Menteri Dalam Negeri Israel, Aryeh Deri, mengumumkan keputusan membenarkan rakyat Israel buat pertama kalinya melawat Arab Saudi, dengan syarat mendapat keizinan dari Kerajaan Saudi. 

 Arab Saudi dan Israel tidak ada hubungan diplomatik. Namun, hubungan antara kedua negara telah wujud secara rahsia. 

 Pada 22 Mac 2018, Arab Saudi membenarkan buat pertama kalinya pesawat komersial dari New Delhi ke Tel Aviv melintasi ruang udara Saudi. Ini merupakan detik permulaan diplomasi udara antara Arab Saudi dan Israel. 

 Pada 23 Mei 2015, akhbar The Times of Israel melaporkan, Israel menawarkan kepada Arab Saudi sistem “Iron Dome”, iaitu teknologi penangkis peluru berpandu, bagi menghadapi serangan roket dari Yaman, sepertimana yang digunakan Israel bagi menghadapi serangan roket dari Gaza. 

 Pada 16 November 2017, ketua turus tentera Israel, Jenderal Gadi Eizenkot memberitahu Elaph, akhbar Arab milik Othman Al Omeir yang rapat dengan Raja Saudi, bahawa Israel bersedia berkongsi maklumat perisikan dengan Arab Saudi kerana kedua-dua negara mempunyai kepentingan bersama, iaitu menentang Republik Islam Iran.

Sumber rujukan dari telegram.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan